Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah r.a.
"Segeralah berbuat amal kebajikan sebelum datang bencana yang bagaikan malam gelap gelita. Pagi-pagi seseorang masih mukmin, tetapi bila hari petang dia kafir. Atau petang hari dia masih mukmin, pagi hari dia kafir. Dijualnya agamanya kerana mengharapkan kepentingan dunia."
(hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Jadilah orang yang yakin diri dan mantapkan pendirianmu. "
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah rahmat kepada
kami dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami."
Sabda rasulullah SAW daripada Mu'awiyah bin Abi Sufian r.a. : "Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh 'menyembelih'."
Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah ra : "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa." -hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa berwaspada.Dengan diri kita dan segala nikmat anugerah Allah SWT . Semoga kita semua jadi orang yang kaya raya; banyak harta, banyak ilmu dan memiliki kekayaan yang sebenar. mudah-mudahan dengan kekayaan itu kita dapat membahagiakan diri sendiri dan orang lain dan bahagia hidup kita hingga ke akhirat.
0 comments:
Post a Comment