Balik dari kelas Bahasa Arab hari tu Fadhilah bercerita bahawa ustazah menegur 'kesilapan' pelajar-pelajar menyebut 'Huruf Hijaiyah' dengan menambah 'lamalif' dan 'hamzah'.


"Kenapa tambah 'lam alif' dan 'hamzah' lagi ? Kan sebelum tu dah ada 'lam ' dan 'alif'. 'Hamzah' dengan 'alif 'sama fungsinya.." Dia mengulang penjelasan ustazah.
Tak perasan rupanya sebelum ni, huruf Hijaiyah dalam Jawi tak sama dengan Arab. Bukan hanya kerana adanya 'pa', 'nga' dan 'nya' tetapi juga ada 'lamalif' dan 'hamzah'.
0 comments:
Post a Comment