Thursday, November 19, 2009

Teng Teng

Main 'Teng Teng'...... Oghang Kedah kata main 'Jengkek ' (cuma rumah jengkek orang Kedah itu lain sikit rekabentuknya). Masa kecik dulu saya main juga dengan sepupu-sepupu di kampung. Asal dari mana ya permainan tradisional ni.......?

Teringat cerita Dr Syed Haleem yang menyertai mercy di Acheh...Bagaimana golongan misionari mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak-anak yatim yang baru jadi mangsa tsunami.....
" Sebelum ambil makanan yang disediakan setiap orang perlu menunjukkan 'right chest, left chest, forehead and heart'..." Mula-mula disoal, diajar dan dilatih, lama-lama bila dah mahir dengan spontan mereka akan lakukan sendiri setiap kali nak makan. Gaya arah tunjuk tangan kecil anak-anak itu sama seperti arah langkah kaki kecil kanak-kanak bila melompat bermain 'teng teng' !!!!



Hati-hati pilih permainan, terutama segala bentuk game canggih yang ada dalam internet!


Tuesday, November 17, 2009

Anak Ibu

Imam al-Faqih Abu Muhammad Abdullah Ibn Ishaq, seperti yang dinukilkan oleh Dr 'Aidh al-Qarni, pernah bercerita :
"Ketika menjadi seorang pelajar baru, aku sering berjaga malam. Ibuku sering melarang aku melakukan hal itu, tapi aku tetap ingin membaca. Sekejap aku padamkan lampu bilik dan berpura-pura tidur.Tatkala ibu sudah tertidur, aku ambil lampu itu lalu aku membaca buku."
Kadang-kadang terjadi juga kepada kita macam ni :

* Masa sebelum tidur, ibu nampak anak dah masuk tidur, lega rasa hati dia......Bila ibu bangun tengah malam, nampak lampu bilik anak cerah, kipas pun pasang. Bila buka pintu bilik....orangnya dah tak ada. Bila ibu cal ; "Kat mana tu?" "Tengah lepak ngan kawan-kawan tengok bola kat kedai mamak jap.. "

* Nampak bilik dah gelap, ibu rasa senang hati anak dah tidur. Nanti dia akan bangun awal la tu.Kata hati ibu. Tut tut......bila ibu bangun pukul 4 pagi, nampak anak duduk tekun mengadap komputer. Ntah apa dibuat tak tau lah...Rasanya bukanlah membaca benda yang berfaedah...

Kadang-kadang lebih parah bila:

* Ibu tak sedar anak tengah merempit hingga ke pagi......
* Ibu tak sedar anak clubing hingga ke pagi.....
* Ibu tak sedar anak tak bermalam kat rumah, tapi bermalam dengan teman di hotel...



Semoga Allah SWT al-Hayyu al-Qayyum as-Samii' al-Basir al-Qawiyy al-Matiin al-Hafiz ....akan sentiasa membantu para ibu dalam mendidik anak-anak menjadi generasi cemerlang. Semoga ketika ibu telah tertidur, terlupa, tidak berdaya atau telah pergi untuk selama-lamanya...Anak-anak akan terus mampu menghadapi pancaroba hidup ! Aamiin.

Sunday, November 15, 2009

Rebung Dah Jadi Buluh?

Macam mana nak kejut orang bangun solat ?

Kata Dato' Dr Hassan Ali, ayah beliau setiap pagi akan mengetuk pintu bilik anak-anak. Dia akan berdiri di luar pintu bilik sambil membaca surah al-Kahfi sehinggalah anak-anak kecil besar bangun dan ikut serta pergi menunaikan solat Subuh di surau.
Kata Dato' Dr Harun Din, oleh kerana mereka adik beradik semuanya tidur di ruang tengah rumah, ayah beliau mengejutkan bangun solat Subuh dengan mencurahkan air dari ketok (umpama gayung?) ke muka semua mereka sembilan beradik!(kata beliau hanya adik keciknya sahaja yang tidur dalam bilik bersama ibubapa) Kesemua mereka akan terus bangun menunaikan kewajipan solat.

Kata Dato' Ustaz Ismail Kamus pula , mereka adik beradik akan terlompat bangun untuk solat Subuh bila saja terdengar suara ayah beliau 'berdehem' !
Macam mana kita ?
Alhamdulillah, saya kira masih beruntung kerana waktu dulu-dulu pergi ke sekolah awal-awal pagi dan waktu cuti sekolah masa kecik2 selalu bersama nenek . Orang tua-tua sentiasa bangun awal. Ayam belum berkokok lagi nenek saya dah berada dalam telekong. Sebaik saja bunyi kokok ayam , Tok Tanjung akan bersuara mengejutkan cucu-cucunya : "Haa .. ayam kokok dah! " Ayam berkokok tandanya dah masuk waktu Subuh. Saya dan sepupu akan terus bangun menuju ke perigi.

Rupanya Sufian as-Thauri dalam mentafsirkan ayat Allah dalam surah an-Nur ada menyebut bahawa burung juga bersolat sebagai tanda perhambaan mereka kepada Allah SWT( makhluk lain selain manusia bertasbih). Mereka bersolat dengan mengembangkan kepak. Ayam akan mengembangkan kepak sebelum berkokok. Burung-burung kecil akan berkicauan di Subuh hari !


Hari ini ; azan dengan pembesar suara boleh didengar jelas dari surau dan masjid. Malah ada tempat-tempat yang suara azan dari surau dan masjid saling sahut menyahut. Ada azan melalui TV, radio, handphone....bunyi jam loceng, alarm dari handphone yang bermacam-macam bunyi dan nada dering. Kenapakah orang-orang hari ini kurang pendengaran mereka ????!!!

Wednesday, November 11, 2009

Seruan

Ketika duduk mengadap pc untuk menyambung kerja-kerja asasi yang terabai, saya menerima sms lintas langsung dari adik Mad di Makkatul Mukarramah:

Banjiran manusia dari serata pelusuk dunia mula mengalir masuk Masjidil Haram w/pun hari wukuf 17 hari lagi. betapa besarnya kuasa Allah Ta'ala. labbaikallahhummalabbaik. Labbaikala syarika lakalabbaik.....
Semoga Allah memeperkenankan doa hamba2Nya di sana & Semoga mereka2 yang merinduiMu akan dapat menjadi tetamu di rumahMu ya Allah.
p/s Membaca 'Travelog Haji' karya Prof Kamil sesungguhnya amat menyentuh hati & mengembalikan kenangan lalu, sehinggakan saya baru terasa sedang menjadi tetamu Allah. terima kasih banyak Prof Kamil!

Asyik

Saya suka baca buku-buku Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni. Pagi ni saya ingin membaca 'Asyik; Aku, Buku & Cinta' tulisannya hasil terjemahan Susilawati Husin Kaderi.Baru saja membaca pendahuluannya , saya sudah cukup teruja:

"Buku ini mengajak perasaan anda untuk berdialog.Ia mampu menggugah alam sedar kita, menambah semangat dalam menuntut ilmu dan mengajak anda untuk membaca segala sesuatu dengan penuh kesedaran....
.....Ada sebuah perjalanan panjang yang menemani perjalanan buku ini....
.....Ia menghembuskan kata-katanya ke dalam jiwa saya...
......Ia merupakan teman yang paling setia, paling dekat dan merupakan penghantar terindah.Bersamanya saya lupa akan segala kesulitan, duka cita dalam hidup dan seharian yang dipenuhi kekeruhan. ia membalut luka, penglipur lara, meringankan penderitaan , mengusir kesepian dan menghilangkan rasa jenuh saat saya sedang bersendirian........"